Yamaha Y15ZR 2024 terima warna baharu, harga asas RM 8,998.00

Selepas Yamaha Y15ZR 2023 dan Yamaha Y15ZR SE 2023, HLYM kini memperkenalkan pula Yamaha Y15ZR 2024. Model moped tersebut kini tampil dengan tiga pilihan warna baharu iaitu Grey, Blue dan Cyan. Harga jualan asasnya tidak berubah, masih kekal sebanyak RM 8,998.00. Beralih ke bahagian spesifikasi, juga tiada sebarang perubahan atau naik taraf terkini. Selain itu, setiap pembeli akan turut menerima kunci cakera Yamaha secara percuma, bernilai RM 100.00. (more…)

Yamaha XSR900 2024 terima skim warna baharu di pasaran Jepun

Model Sport Heritage iaitu Yamaha XSR900 2024 di pasaran Jepun kini diperkenalkan dengan dua skim warna baharu iaitu White dan Black. Harganya pula adalah sebanyak 1,254,000 Yen, bersamaan RM 38,306.28 (kadar semasa). Yamaha XSR900 2024 dilengkapi enjin tiga silinder bersesaran 890cc, dengan kuasa maksimum 120PS dan tork maksimum 93Nm. Dengan tangki bahan api 14 liter, berat penuh model yang bergaya dan menawan ini ialah 193 kg (wet weight). (more…)

Voge SR3 2024 dilancarkan di pasaran Greece, harga €3,995.00

Model skuter terbaharu Voge SR3 2024 kini dilancarkan di pasaran Greece, dengan harga jualan sebanyak €3,995.00 (RM 20,351.04). Model itu mempunyai tiga pilihan warna, dan dilengkapi enjin 244cc (single cylinder, SOHC, liquid cooled) dengan kuasa 26hp dan tork 23Nm. Ciri-ciri menarik lain seperti tangki petrol 14 liter, ABS Dual Channel, TCS, Keyless, panel TFT 7.0 inci berwarna dengan navigasi, port pengecas USB, Heated Grips, dan sistem kamera Dash Cam. (more…)

Honda CB125R 2024 terima kemaskini baharu di pasaran Jepun

Sama seperti di pasaran Eropah, Honda CB125R 2024 di pasaran Jepun kini turut menerima kemaskini baharu. Model Neo Sports Cafe itu kini dilengkapi panel meter TFT LCD 5.0 inci berwarna, bersama-sama switchgear dengan pilihan empat arah untuk mengawal tetapan di paparan skrin. Selain itu ialah skim warna Matte Gunpowder Black Metallic kini telah dikemaskini semula menjadi lebih sporty, di samping pengenalan warna baharu Candy Caribbean Blue Sea. (more…)

Kawasaki Ninja ZX-4RR 40th Anniversary Edition 2024 ditawarkan di pasaran Indonesia

Di pasaran negara jiran Indonesia, salah sebuah model menarik yang ditawarkan oleh Kawasaki ialah Kawasaki Ninja ZX-4RR 40th Anniversary Edition 2024. Harga jualannya ialah sebanyak Rp. 246,300,000.00, bersamaan RM 72,216.38 (nilai semasa). Dengan enjin 399cc dan empat silinder, hamburan kuasa maksimumnya mencapai 77PS dengan tork puncak 37.6Nm. Adakah model ini juga bakal dilancarkan di pasaran Malaysia? Sama-samalah kita tunggu ketibaannya. (more…)